| Tarikh | : 12 Jun 2024 |
| Masa | : 8.00 am – 4.00 pm |
| Lokasi | : Dataran MPT Taiping |
| Tujuan | |
|
Karnival Kita Madani (Pocket Talk) merupakan program yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Daerah Larut Matang & Selama. Selaras dengan saranan kerajaan untuk jabatan kerajaan & agensi swasta mendekati masyarakat setempat bagi menerangkan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh jabatan & agensi masing-masing. “Karnival Kita Madani sempena Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA @ Komuniti Madani Parlimen Taiping telah menjemput NADI taiping untuk membuat ucapan & pengisian berkenaan perkhidmatan yang terdapat di NADI. |
|
| Aktiviti | |
|
Program bermula pada jam 8 pagi dimulai dengan senamrobik kesihatan, di ikuti dengan pembukaan booth-booth pameran oleh Jabatan Kerajaan & Agensi swasta yang terlibat. Sesi Pocket Talk telah dijalankan oleh NADI parlimen Taiping bertujuan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang dijalankan oleh NADI kepada komuniti yang hadir. |
|